ARTIKEL

Fadillah ditemu bual media selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini. - Foto: Ghazali Bujang

Undang-undang penyeliaan karbon Sarawak jadi asas kepada perundangan berkaitan karbon Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Undang-undang penyeliaan karbon di Sarawak akan dijadikan asas oleh Kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan perundangan berkaitan karbon di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata perkara tersebut telah dibincangkan pada peringkat Majlis Tenaga Negara, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersetuju untuk mempercepatkan proses tersebut.

“Kita akan memanggil mesyuarat koordinasi antara pelbagai kementerian dan agensi persekutuan untuk mempercepatkan pengenalan kepada undang-undang berhubung bukan sahaja tenaga boleh diperbaharui tetapi yang penting adalah karbon, iaitu sama ada perdagangan karbon, kredit karbon, penyimpanan karbon, pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual media selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Premir Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata kementeriannya akan berkerjasama dan mencari jalan untuk membantu dan menyokong Sarawak dalam penjanaan tenaga diperbaharui dan penyeliaan karbon.

Ini kerana, jelasnya, Sarawak sudah bersedia dari segi perundangan, peraturan dan sistem berkaitan penyeliaan karbon.

“Sebab itu kita panggil mesyuarat supaya kita dapat selaraskan dan menjadikan undang-undang yang telah diperkenalkan di Sarawak itu sebagai asas untuk kita bangunkan pada peringkat Malaysia.

“Itu yang kita hendak bangunkan dan kalau dapat disegerakan dan proses untuk kredit karbon, perdagangan karbon dan penyimpanan karbon dapat berjalan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti