ARTIKEL

UNIFOR belanja RM97 juta untuk geran, projek tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah membelanjakan sejumlah RM97 juta daripada RM100 juta jumlah dana yang diperuntukkan pada tahun ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perbelanjaan untuk bantuan geran rumah ibadat sehingga 14 November ini adalah sebanyak RM 77 juta daripada RM80 juta yang diluluskan untuk 464 projek.

Tambahnya, baki dana berkenaan yang berjumlah RM3 juta itu akan diagihkan sebelum akhir tahun ini.

“Daripada RM100 juta yang telah diperuntukkan, sejumlah RM20 juta telah diluluskan untuk 127 sekolah mubaligh.

“Sehubungan itu, saya menggesa serta berharap agar rumah ibadat dan sekolah mubaligh terbabit untuk menggunakan bantuan pembiayaan ini dengan bijak,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Di samping itu, beliau turut membahas mengenai kemajuan pembinaan kompleks UNIFOR yang merupakan hak kepada Unit Amanah Amal Sarawak untuk Agama Lain.

Jelasnya, ia merupakan entiti berasingan yang ditubuhkan di bawah Ordinan Amanah Amal, dan dijangka siap pada Julai tahun 2024.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini agar memperkukuhkan toleransi, dan saling menghormati antara satu sama lain.

Tegasnya, hanya melalui hidup dalam aman dan harmoni sahaja kita boleh mencapai matlamat pembangunan dengan berkesan.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta