ARTIKEL

UNIFOR pantau perkembangan projek rumah ibadat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pegawai Unit Hal Ehwal Agama Agama Lain (UNIFOR) akan sentiasa turun padang untuk memantau perkembangan projek-projek di bawah institusi keagamaan yang telah mendapat dana daripada UNIFOR.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia agar langkah intervensi dapat diambil jika perlu bagi memastikan projek-projek terbabit dapat disiapkan dalam kos dan tempoh masa yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, menjadi hasrat dan harapan kami agar semua rumah ibadat terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai UNIFOR yang turun padang untuk membuat kajian awal, siasatan dan penilaian. Tolong berikan bantuan dan bantuan ikhlas anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah-Rumah Ibadat Agama-Agama Lain 2023 (Fasa 3) kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu, Uggah yang juga menteri bertanggungjawab ke atas UNIFOR berharap dengan sumbangan daripada kerajaan itu, semua projek dapat disiapkan mengikut jadual terutama projek-projek yang telah bermula beberapa tahun lalu namun masih belum siap dan terbengkalai disebabkan kekurangan dana.

“Adalah menjadi harapan kita agar semua institusi keagamaan yang telah diluluskan permohonan dapat menggunakan dana sebaiknya demi manfaat komuniti masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, Uggah juga menggesa setiap ADUN agar turut sama membantu institusi agama lain di kawasan masing-masing agar keperluan komuniti di kawasan mereka dapat direalisasikan.

Sementara bagi penyerahan fasa ketiga bantuan berkenaan, Uggah berkata sejumlah RM15,214,000 diperuntukkan untuk 94 buah projek yang telah diluluskan.

Katanya ia adalah kesinambungan peruntukan dari fasa kedua, dengan sebanyak RM31,945,000 telah diagihkan kepada 219 projek.

Bagi pengagihan fasa pertama, beliau berkata UNIFOR telah mengagihkan dana sejumlah RM3 juta untuk kegunaan ‘the House Of Epiphany’, Gereja St Thomas, Kuching yang telah diluluskan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Manakala bagi Sekolah Mubaligh, Uggah berkata sebanyak RM20 juta diagih untuk 127 buah sekolah dalam fasa ketiga.

Katanya pada pengagihan fasa pertama, sebanyak RM3 juta telah disampaikan kepada SMK St. Teresa, Kuching yang juga telah diluluskan oleh Premier.

Uggah berkata pada pengagihan fasa kedua pula, sejumlah RM17 juta telah diagihkan kepada 126 sekolah mubaligh.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu