ARTIKEL

Unifor peruntuk RM6 juta untuk membantu 50 sekolah Anglikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) memperuntukkan dana sebanyak RM6 juta untuk membantu 50 buah sekolah denominasi Anglikan di seluruh negeri ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Penasihat Sekolah Mubaligh denominasi Anglikan Bahagian Kuching Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata antara sekolah mubaligh yang telah menerima dana tersebut ialah di Bahagian Kuching, Lundu, Padawan, Samarahan, Serian, Sri Aman, Seratok, Betong dan Miri.

“Dana ini bertujuan meningkatkan pembangunan dan infrastruktur di sekolah-sekolah mubaligh supaya dapat menikmati pembelajaran yang lebih baik.

“Polisi bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh di Sarawak ini akan terus terlaksana sekiranya kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus memimpin negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan kepada Sekolah Mubaligh Sarawak 2021 di Hotel Imperial di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan