ARTIKEL

UNIFOR peruntuk RM900,000 bina ruang ibadah pelbagai agama di Hospital Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) telah memperuntukkan sumbangan dana berjumlah RM900,000 bagi pembinaan ruang ibadah pelbagai agama di Hospital Miri.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang di Hospital Miri, hari ini.

Katanya, pembinaan bangunan dua tingkat itu dijangka bakal bermula pada Mac tahun hadapan yang bakal melibatkan dua fasa pembinaan.

“Fasa satu pembinaan adalah melibatkan pembinaan dewan ibadah utama untuk semua agama, ruang menunggu, sudut permainan kanak-kanak, dan bilik kaunseling.

“Anggaran kos untuk pembinaan bagi fasa satu adalah kira-kira RM2 juta, dan tempoh pembinaannya akan mengambil masa lebih kurang dalam setahun untuk disiapkan,” katanya.

Sementara itu, katanya, pembinaan fasa kedua akan melibatkan taman terapeutik, hasil usaha gigih Lembaga Pelawat Hospital Miri (MVHB) yang telah mendesak pembinaannya sejak tahun 2016.

Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong, Pengerusi MVHB Kr Karambir Singh, Bendahari MVHB Iqbal Abdollah, serta pihak perunding projek turut hadir.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim