Trending

UNIFOR salur RM700,000 kepada empat rumah ibadat di Tanjong Datu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Azizul menyerahkan sumbangan kepada wakil pihak Gereja BEM Pueh

LUNDU: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah memperuntukkan dana sebanyak RM700,000 bagi empat rumah ibadat di kawasan Tanjong Datu masing-masing dua Sematan dan Lundu.

Sumbangan dana telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan kepada kesemua rumah ibadat tersebut.

Sumbangan disampaikan kepada Gereja BEM Pueh di Lundu sebanyak RM50,000, diikuti peruntukan bagi pembinaan gereja baharu Gereja Good Shepherd Kampung Pueh dan Siru Dayak Sematan sebanyak RM300,000.

Manakala, sejumlah RM200,000 disumbangkan bagi menyelenggara dan membaik pulih bangunan Old Vicarage St Francis Parish Lundu.

Selain itu, sumbangan turut diberikan untuk kerja kecemasan pembinaan tembok penahan cerun terhadap hakisan tanah berhampiran bangunan Lundu Buddhist Society dan pagar keselamatan dengan peruntukan sebanyak RM150,000.

Justeru, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang sentiasa mengambil berat mengenai isu rakyat terutamanya berkaitan dengan keagamaan serta menjaga kebajikan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Saya sebagai wakil yang menyampaikan sumbangan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak terutama sekali Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang sentiasa memberi perhatian dan sokongan kepada keperluan penduduk di Tanjong Datu dalam hal keagamaan dan keselesaan beribadat,” katanya.

Azizul semasa menyerahkan sumbangan kepada pihak Gereja Good Shepherd Kampung Pueh dan Siru Dayak Sematan
LAWAT… Azizul mengadakan lawatan ke tapak pembinaan tembok penahan cerun terhadap hakisan tanah berhampiran bangunan Lundu Buddhist Society

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru