LIMBANG: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyerahkan cek geran berjumlah RM500,000 kepada dua gereja, di sini.
Ia diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, baru-baru ini.
Gereja tersebut ialah Gereja St. John Liok Batu dan Chapel Beatitudes.
Bagi Gereja St. John Liok Batu, UNIFOR memperuntukkan RM400,000 bagi kerja-kerja menaik taraf manakala RM100,000 diberikan bagi tujuan pembinaan Chapel St. Beatitudes di Bukit Bidang.
Sehubungan itu, wakil Jawatankuasa Gereja St. John Liok Batu Emboi Silk, menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan kepada mereka.
Tambahnya, ini termasuklah dalam memastikan keperluan rumah ibadat tersebut dipenuhi.
Justeru, katanya, peruntukan ini akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi memastikan kemudahan dan keselesaan para umat gereja.