KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sekali lagi menempa kejayaan tersendiri apabila menduduki tempat pertama di Malaysia dalam penarafan Times Higher Education (THE) University Impact Ranking 2021 yang diumumkan pada 22 April lalu.
Pengarah Pusat Kelestarian Unimas Noraziah Abdul Wahab berkata, penarafan tersebut turut meletakkan Unimas pada kedudukan ke-28 dunia bagi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 5) Gender Equality.
“Kejayaan ini amat membanggakan universiti kerana pada 2019, kita berada di kedudukan 101, melonjak kedudukan ke-59 pada tahun 2020 dan kejayaan tahun ini merupakan sejarah baharu.
“Ini hasil kerjasama jitu semua pihak yang sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian Universiti dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, Unimas menekankan inisiatif dalam empat bidang tujahan iaitu penyelidikan, pembangunan komuniti, kurikulum, dan pentadbiran institusi.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 24 Apr 2021