ARTIKEL

Anti-terror police "Densus 88" conduct a raid in Tangerang on May 16, 2018, following a recent spate of terror attacks in Indonesia. The attacks have put Indonesia on edge -- and sparked a string of travel advisories from foreign governments -- as the world's biggest Muslim-majority country starts the holy fasting month of Ramadan from Thursday. (Photo by DEMY SANJAYA / AFP)

Unit antikeganasan Indonesia tingkat kewaspadaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Unit antikeganasan polis elit Indonesia (Densus 88), mengesahkan semula komitmennya untuk memantau dengan teliti aktiviti pengganas di negara itu berikutan serangan terbaharu di sebuah balai polis di Malaysia.

Jurucakapnya, Pesuruhjaya Aswin Siregar menekankan dedikasi unit itu untuk menjejaki rangkaian pengganas dan pergerakan mereka tanpa henti.

“Densus 88 tetap teguh dalam kesediaannya untuk memantau aktiviti pengganas dengan teliti,” katanya, seperti yang dipetik oleh portal berita Kompas.com.

Beliau turut memberi jaminan kepada orang awam bahawa setakat ini, berdasarkan analisis unit berkenaan, tiada peningkatan tahap ancaman pengganas yang diperhatikan di Indonesia.

Pada Jumaat lalu, dua anggota polis maut dan seorang lagi cedera dalam serangan oleh seorang suspek berusia 21 tahun di Balai Polis Ulu Tiram, Johor di selatan Malaysia.

Walaupun pada awalnya terdapat kecurigaan penglibatan kumpulan Jemaah Islamiyah, baru-baru ini didedahkan bahawa tindakan suspek tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan itu. – Bernama

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU