Trending

Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak campur tangan pelaksanaan projek

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Selain menguruskan aduan, Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak memperluaskan fungsinya dengan turut campur tangan dan memeriksa projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia terutamanya melibatkan projek tertangguh atau kritikal.

“Namun, projek yang telah siap turut akan diperiksa bagi memastikan ia disiap berdasarkan spesifikasi, bajet dan jadual yang telah ditetapkan.

“Inisiatif ini penting bagi memastikan rancangan kerja atau projek kerajaan dilaksanakan dengan betul dan berjaya demi memenuhi komitmen kita kepada rakyat dan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Hari Ombuds 2022 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya unit tersebut akan membuat lawatan kerja ke tapak-tapak projek untuk pemeriksaan, yang bukanlah bertujuan untuk mencari kesalahan atau menjatuhkan hukuman secara sengaja.

“Tetapi lebih penting untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah atau isu yang menyumbang kepada projek tertangguh atau kritikal.

“Ini penting untuk membina pentadbiran awam yang lebih baik dan mengeratkan hubungan antara kerajaan dan rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua kementerian, jabatan dan agensi untuk terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Ombudsman Sarawak dalam mengurus dan menyelesaikan aduan dengan berkesan dan cekap.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru