ARTIKEL

Universiti awam digalak pasang panel solar untuk jimat penggunaan tenaga elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Lebih banyak universiti awam (UA) digalakkan untuk memasang panel solar sebagai alternatif menampung penggunaan tenaga elektrik harian, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata buat masa ini UA seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaya (UM) mula mengaplikasikan penggunaan panel solar di kampus masing-masing, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan dalam melestarikan sistem pembekalan elektrik negara.

“Bagi universiti awam yang banyak melakukan penyelidikan, impaknya amat positif bukan sahaja dari segi penjimatan tenaga tetapi juga dari segi penyelidikan yang dilakukan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan