ARTIKEL

Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman johan kategori teknologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Projek ‘Development of Eco-Friendly Interlocking Pave Block Using Waste Material’ membawa tuah kepada pasukan Tarumt Innovator Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman.

Ia susulan dipilih johan kategori Teknologi dalam Pertandingan Inovasi dan Ciptaan Antarabangsa Borneo (BIIIC) 2023 anjuran Kolej Vokasional Bintulu dengan kolaborasi bersama-sama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Naib johan dan tempat ketiga, masing-masing dimenangi Sekolah Menengah(SM) Rantau Panjang, Selangor dan Universiti Sains Teknologi Malaysia.

Kategori Bukan Teknologi pula dimenangi Sekolah Antarabangsa Labuan menerusi penyertaan projek bertajuk “14 Life Below Water”, manakala tempat kedua, disandang Kolej Vokasional Bintulu dengan penyertaan bertajuk ‘Kit Kecantikan Bibir’, diikuti SM St Patrick Tawau di tempat ketiga menerusi projek ‘Enriched and Enhanced Virgin Coconut Oil (2EVCO).

Sementara, pasukan The Big Brain yang mewakili Kolej Vokasional Sepang menjuarai kategori Pengajaran dan Pembelajaran diikuti pasukan Maker Techno Kolej Vokasional Bintulu di tempat kedua dan pasukan LDR Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Tun Abdul Razak di tempat ketiga.

Johan setiap kategori membawa pulang wang tunai RM2,500, medal dan sijil penyertaan, manakala tempat kedua dan ketiga, masing -masing menerima wang tunai RM1,500 dan RM1,000 beserta medal dan sijil penyertaan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap ADUN Samalaju, Datuk Majang Renggi.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

BERITA TERBARU

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,