ARTIKEL

PERSEFAHAMAN... Dr Shahren Tun Ahmad Zaidi Adruce (tiga kiri) dan Dr Mitsugi Motoyama (dua kiri) bertukar dokumen sambil disaksikan oleh Dr Abdul Aziz Datuk Husain (tengah).

Universiti Wakayama mahu jalin kerjasama dengan universiti tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Universiti Wakayama, Jepun berhasrat untuk bekerjasama dengan universiti di Malaysia dengan menawarkan pengajian Jepun dan pelancongan pada masa akan datang.

Presidennya, Dr Mitsugi Motoyama, berkata pihaknya pada tahun lalu telah melancarkan Institut Inisiatif Global selaras dengan penubuhan universiti tersebut ke arah pengantarabangsaan.

KERJASAMA… Dr Mitsugi Motoyama berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara Kolej Universiti i-CATS dan Universiti Wakayama.

Menurutnya, pengantarabangsaan universiti tersebut telah dipromosikan melalui satu inisiatif iaitu Pusat Pengajian Jepun dan Pusat Kajian Pelancongan.

“Universiti Wakayama belum lagi membentuk kerjasama rasmi dengan universiti di Malaysia.

“Kami berhasrat untuk menjalinkan kerjasama pada masa hadapan, terutamanya dalam pengajian Jepun dan pelancongan,” katanya ketika berucap pada pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti i-CATS dan Universiti Wakayama di Bilik Senat, Kolej Universiti Wakayama, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mitsugi berkata, pihaknya berhasrat untuk menghantar pelajar mereka ke univesiti di Malaysia bagi program pengajian jangka pendek di luar negara.

“Kami juga mengalu-alukan Kolej Universiti i-CATS untuk melanjutkan pengajian di Universiti Wakayama,” katanya lagi.

Majlis menandatangani MoU tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor i-CATS, Profesor Dr Shahren Tun Ahmad Zaidi Adruce, dan Pro Naib Canselor Jalinan Industri dan Komuniti i-CATS, Profesor Dr Kopli Bujang, yang juga pengerusi majlis MoU tersebut.

Baca lain  Sang bedal tunjuk 'action'

Sementara itu, Universiti Wakayama diwakili oleh Dr Mitsugi dan Pengarah Pusat Pengajian Pelancongan Universiti Wakayama, Profesor Etsuko Higashi.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Pro Canselor i-CATS, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Datuk Husain, yang juga Pengerusi i-CATS.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh