ARTIKEL

Untuk apa berpersatuan penulis?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KATA Shahnon Ahmad dalam bukunya Weltanschauung Suatu Perjalanan Kreatif (DBP, 2008:340): Dalam perjalanan kreativiti selama ini, salah satu aspek yang sering tidak dapat dilupakan dan yang sering pula menyemarakkan perjalanan selama ini ialah peranan persatuan penulis, iaitu sebuah organisasi para pengarang dan peminat yang bertujuan untuk membantu penulis dalam berbagai-bagai aspek, dan untuk membudayakan masyarakat dengan pengalaman kesusasteraan yang pelbagai.

Dengan erti kata lain, persatuan penulis di Malaysia ialah gabungan antara sasterawan dengan aktivis sastera, berganding bahu mengembangkan dan menjaga kesusasteraan Melayu, iaitu kesusasteraan kebangsaan yang juga secara intim melibatkan persoalan bahasa kebangsaan dan kebudayaan kebangsaan dalam erti kata yang luas.

Pandangan Shahnon di atas seolah-olah sudah menjawab persoalan yang saya timbulkan, yakni, untuk apa berpersatuan penulis?

Namun, banyak persoalan lain yang berhubung kait dengan peranan persatuan penulis, khususnya dalam “membantu penulis dalam berbagai-bagai aspek” dan “membudayakan masyarakat dengan pengalaman kesusasteraan yang pelbagai” seperti yang sebut oleh Shahnon, yang boleh dipolemikkan.

Ada yang berhujah bahawa, penulis, tanpa berpersatuan pun, masih boleh menulis, masih boleh berkarya, dan masih boleh membudayakan masyarakat dengan pengalaman kesusasteraan yang beraneka.

Bahkan, banyak penulis yang hadir dalam dunia kepengarangan, serta berkembang menjadi penulis dan sasterawan ternama, tanpa menganggotai mana-mana persatuan penulis, di samping membudayakan masyarakat dengan pengalaman kesusasteraan yang pelbagai dengan caranya sendiri. Kenapa boleh terjadi sedemikian rupa?

Menurut saya, kerana menulis itu peribadi sifatnya, melainkan seseorang itu memang diupah, dilantik, diminta atau diarahkan untuk menulis.

Dengan kata lain, seseorang penulis itu dapat menghasilkan tulisan atau menciptakan karya secara sendiri-sendiri tanpa perlu melibatkan orang lain.

Paradoksnya, dunia penulisan akan terus wujud selagi ada orang yang menulis.

Walau bagaimanapun, persatuan penulis tidak akan wujud tanpa penulis yang bersungguh-sungguh untuk berpersatuan.

Baca lain  Legasi penambang Kampung Sungai Bedil Besar

Malahan, persatuan penulis akan terhapus atau hidup segan, mati tak mahu, sekiranya penulis tidak lagi mahu menjadi ahli persatuan penulis, hatta, jika tidak ada lagi penulis yang benar-benar berminat dan komited untuk mengurus persatuan penulis masing-masing.

Harus diingat, pelibatan dalam persatuan penulis adalah secara sukarela, dan ini bermakna banyak pengorbanan masa, tenaga, dan duit sendiri malah, tentunya semata-mata untuk memastikan persatuan penulis masing-masing, termasuk Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA), untuk terus hidup serta bergerak aktif.

Dan tentunya juga, tidak ditalkinkan, tidak mati tanpa nisan atau dibatalkan pendaftarannya gara-gara sirnanya minat untuk berpersatuan penulis.

Dalam pada itu, kendatipun penulis akan terus menulis, dan dunia penulisan akan kekal wujud, dengan atau tanpa penulis perlu berpersatuan, namun, persatuan penulis, bagi sesetengah kelompok penulis, termasuk oleh ahli-ahli Pekasa, tetap diperlukan.

Banyak sebab yang mendorong kelompok penulis tertentu untuk menubuhkan persatuan penulis, dan menganggotainya.

Manusia acap kali disebut sebagai makhluk sosial, iaitu yang hidup berkumpulan.

Tidak semua kumpulan manusia boleh dianggap sebagai kelompok.

Justeru, ada penunjuk-penunjuk tertentu yang menjadi asas bagi kewujudan sekumpulan manusia yang dinamai kelompok itu, dan sesebuah organisasi budaya seperti Pekasa bolehlah dikategorikan sebagai kelompok.

Sesungguhnya, sekumpulan manusia boleh dipanggil kelompok apabila sekurangkurangnya memenuhi tiga syarat, yakni, pertama, wujudnya interaksi antara satu sama lain; kedua, semuanya mempersepsi diri mereka sebagai satu kumpulan; dan ketiga, masing-masing saling bergantung.

Arkian, kewujudan kelompok, seperti PEKASA, pada hemat penulis, adalah disebabkan ada ahli yang menganggotainya, dan terdapat tujuh faktor yang mendorong individu menyertai kelompok tersebut yang mencakupi faktor afiliasi, identifikasi, sokongan moral, bantuan atau pertolongan, kepentingan bersama, matlamat bersama, dan kedekatan fizikal.

Baca lain  AYAM PEDAS KOREA

ERA DIGITAL

PEKASA yang telah dibentuk itu nescaya akan terus wujud andai kata ia mempunyai struktur, yakni satu pola tingkah laku ahli-ahli kelompok yang lazim dan stabil.

Terdapat empat pola tingkah laku yang menjadi struktur kepada kelompok, yakni peranan (role), status, norma dan kejeleketan.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis, dalam era digital ini serta persaingan yang sihat antara persatuan penulis bagi memperoleh dana dan mendapat sinergi daripada pelbagai pihak serta institusi dalam penganjuran berbagaibagai kegiatan, sesebuah persatuan penulis, tidak terkecuali PEKASA, harus lebih kreatif, berdikari atau mandiri, terutamanya dari segi memperoleh dana bagi mengurus persatuan, dan melaksanakan pelbagai kegiatan khususnya untuk kemaslahatan ahli-ahlinya, serta untuk membudayakan masyarakat dengan pengalaman kesusasteraan yang pelbagai seperti yang disarankan oleh Shahnon.

Ini tidak bermaksud, bantuan, sokongan dan dukungan daripada pihak kerajaan itu tidak penting dalam menentukan kelangsungan dan ketahanan persatuan-persatuan.

Bagaimanapun, harus disedari yang keupayaan kerajaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sosial itu sebenarnya amat terbatas, apatah lagi ketika tumpuan agenda pembangunan kerajaan lebih menjurus kepada pembangunan ekonomi dan fizikal negeri, di samping untuk kebajikan dan kemakmuran rakyat.

Maka, dalam persekitaran politik dan ekonomi yang tidak begitu memihak kepada hal ehwal sosial dan budaya, mana-mana persatuan penulis yang sukarela sifatnya itu, harus sentiasa mempelbagaikan cara dan kaedah mengurus persatuan masing-masing.

Organisasi budaya seperti PEKASA sesungguhnya kini menyongsong arus cabaran yang cukup hebat.

Perubahanperubahan persekitaran politik, ekonomi, sosial, pendidikan, teknologi, demografi dan budaya yang berlaku dalam negari, dan di seluruh Malaysia, amat mempengaruhi kelangsungan dan kerelevanan sesebuah persatuan penulis.

Antara cabaran yang harus direnungi, dihadapi, dan ditangani oleh persatuan penulis seperti PEKASA, termasuklah: Kedudukan fiskal atau kewangan persatuan berkenaan — Mampukah persatuan itu bertahan tanpa kebergantungan kepada sumbangan dana daripada kerajaan?

Baca lain  Agong, Permaisuri berjiwa rakyat

Berupayakah persatuan itu merangsang masyarakat untuk menjadi ahlinya, dan menggalakkan masyarakat mahupun penaungnya untuk terus menyumbangkan derma serta dana kepada persatuan?

Saingan sesama persatuan — Adakah mereka mampu bersaing sesama mereka, khususnya dalam memperoleh dana dan peruntukan khusus daripada pihak kerajaan?

Bagaimanakah mereka akan memastikan tidak wujud konflik kepentingan dan pertindanan kegiatan antara mereka?

Kesinambungan kepimpinan — Adakah tidak pelan penggantian dirangka secara sistematik, telus dan bijaksana?

Siapakah yang telah dilatih untuk menggantikan kepimpinan persatuan dalam lima, 10 atau 15 tahun akan datang?

Keahlian — Sejauh mana usaha-usaha menarik lebih ramai kalangan penuli untuk menyertai persatuan tersebut dilaksanakan?

Adakah pada masa-masa akan datang, wujud perubahan dari segi syarat dan kelayakan untuk menjadi ahli akan lebih telus dan terbuka?

Politik — Sejauh mana perubahan politik dan pimpinan semasa akan menyokong persatuanpersatuan yang berkenaan?

Adakah persatuan akan membiarkan wujud pergeseran politik antara persatuan dengan pihak berwajib?

Pengurusan — Sanggupkah kepimpinan yang sedia ada mengubah pendekatan, strategi dan kaedah pengurusannya yang kurang pragmatik demi mencapai segala objektif persatuan, dan memperbaiki sistem penyampaiannya serta meningkatkan imej.

Akhirulkalam, mengurus sesebuah persatuan penulis bukanlah kerja yang mudah — kata orang tua-tua, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Penulis dengan segala macam idealisme, fiil, kehendak, dan orientasinya, bukanlah kelompok yang mudah diurus.

Apa-apa pun, kebijaksanaan dalam menyesuaikan diri dengan keadaan dan perkembangan semasa merupakan kunci kepada pengurusan persatuan penulis yang lebih cekap dan cemerlang.

Selebihnya, baik pihak ahli jawatankuasa mahupun ahli-ahli biasa PEKASA, semua harus ikhlas dan jujur untuk melakukan muhasabah diri dan muhasabah organisasi demi kemaslahatan dan kelangsungan persatuan. Wallahualam!

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,