ARTIKEL

Untuk orang muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RINDOK (bahagia) hati orang muda.

Apa tidaknya, apaapa perancangan banyak melibatkan generasi ini.

Dapat diperhatikan, banyak kemudahan disediakan kepada golongan ini.

Ia sangat-sangat sesuai dengan harapan, misi serta visi Sarawak menjadi wilayah maju pada 2030.

Bukannya lama lagi.

Cuma tinggal enam tahun untuk mencapai sasaran itu, yang khusus untuk orang muda.

Antaranya untuk menjadi kuasa sukan di Malaysia, kemudian di peringkat antarabangsa, bermula Asia Tenggara, Asia hingga peringkat dunia. Ini maksud wilayah maju Sarawak 2030.

Dan, penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di hampir semua bahagian ini tidak lama lagi juga adalah ruang dan peluang (yang tidak harus dilepaskan) kepada orang muda melihat lebih dekat lagi kejohanan berprestij di depan mata.

Berbual-bual kosong dengan jurulatih serta atlet sama ada yang pernah dan akan mewakili Sarawak dalam banyak kejohanan sukan, rata-rata mereka setuju atlet Sarawak perlukan pendedahan di peringkat kebangsaan jika mahu terus melakar kejayaan.

Dalam sukan sepak takraw misalnya, seorang jurulatih dari Semenanjung memberitahu, kemampuan atlet Sarawak tiada beza dengan atlet dari Semenanjung.

Cuma kurang dari segi pendedahan.

Mereka ini mungkin gah di Sarawak, tetapi kurang menyengat di peringkat kebangsaan.

Sebabnya, mereka hanya bersaing dengan pemain dalam kelompok yang sama (bahagian).

Sertai mana-mana pertandingan pun, mereka akan bersaing dengan pemain yang sama.

Jadi, ini kurang memberikan saingan untuk meningkatkan prestasi.

Situasi ini amat berbeza dengan mereka yang pernah bermain di Semenanjung.

Biasanya bagi mereka sama ada untuk melanjutkan pengajian ataupun bekerja di negeri seberang Laut China Selatan. Seorang rakan yang pernah belajar dan kemudian bekerja di Semenanjung pernah memberitahu: “Di Semenanjung kita bertemu dengan banyak pemain dari semua negeri di Semenanjung.

Di situ saya banyak belajar bermain dan meningkatkan diri hingga pernah mewakili sebuah negeri di sana ketika belajar”.

Dua lagi rakan yang bekerja dan kemudian aktif bermain sepak takraw di Semenanjung juga menjelaskan perkara yang sama.

Setiap minggu mereka menyertai pertandingan.

Dan setiap minggu juga mereka menang dan mendapat hadiah sama ada wang tunai ataupun barang keperluan harian.

“Kita setiap minggu ada game. Jadi tidak putus bertanding, dan kemudian tidak putus pula mengadakan latihan,” kata mereka berdua.

Jelas mereka lagi: “Saya setiap bertemu dengan pemain sama ada bekas mewakili Malaysia ataupun sedang mewakili Malaysia.

Kalau pemain mewakili negeri masingmasing di Semenanjung… itu memang hampir setiap minggu bergasak di gelanggang.”

Dan kembali ke Sarawak, mereka antara yang menunjukkan kemahiran tinggi dalam bermain terutama ketika bertanding. Sangat jauh berbeza terutama dalam aspek kawalan bola serta kawalan gelanggang.

Langkah sedemikian (bermain dan latihan di luar Sarawak) banyak kelebihan terutama untuk mencari pasukan hebat untuk diuji semasa latihan.

Dan, sudah ada menampakkan sedikit sinar dalam kalangan atlet yang akan mewakili Sarawak dalam SUKMA 2024 kelak.

Terserempak dengan dua jurulatih sepak takraw Sarawak dalam pertandingan sepak takraw di Kuching hujung minggu lalu, saya tanya cuma satu soalan kepada mereka berdua.

Apa perkembangan pemain?

Ok?

Memulakan bicara mereka menunjukkan ibu jari kanan tanda bagus.

“Sudah nampak perubahan pemain kita bang… kemahiran semakin meningkat cuma tinggal untuk meningkatkan semangat melawan.

Pemain kita seperti sudah dapat menyaingi negeri yang memenangi pingat dalam Sukma lepas,” kata mereka.

Banyak yang bersetuju, untuk melahirkan atlet berkualiti tinggi, mereka harus dihantar untuk menyertai sebanyak mungkin latihan serta pertandingan di luar Sarawak.

Namun, tidak semua akan dapat terlibat, terutama bagi mereka yang berimpian untuk mewakili Sarawak dalam mana-mana acara sukan diminati.

Salah satu cara yang dirasakan sangat sesuai adalah dengan membawa atlet luar Sarawak bertanding di negeri ini.

Misalnya, tindakan beberapa kelab sepak takraw membawa pemain dari Semenanjung bertanding di Sarawak kebelakangan ini membantu pemain lain meningkatkan prestasi.

Selain itu, membantu pemain tempatan mencari cara bersaing dengan pemain yang mewakili negara.

Di sini, pemain tempatan terutama pemain muda tidak kekok bertanya bagaimana untuk melalukan servis tekong kuda, kawalan gelanggang dan banyak lagi.

Juga meningkatkan motivasi pemain tempatan apabila mampu memberikan saingan.

Tidak cukup dengan itu, mampu menarik ramai penonton hadir untuk melihat aksi pemain kebangsaan dengan lebih dekat. Namun demikian, ia memerlukan kos yang tinggi bagi kelab tanpa ada penaja.

Penganjuran SUKMA 2024 dilihat sebagai strategi untuk membantu pemain dan peminat sukan di wilayah Sarawak melihat aksi atlet antarabangsa.

Ia juga dilihat strategi serampang dua mata menuju wilayah maju.

Pertama, beraksi di laman sendiri memberi kelebihan untuk menang. Paling utama juara keseluruhan.

Kedua, peluang di depan mata bagi generasi muda terutama pelajar sekolah melihat aksi atlet bertaraf antarabangsa beraksi di Sarawak.

Mereka ini paling utama untuk didedahkan dengan aspek kualiti sukan agar menjadi panduan untuk mereka turut berjaya dalam sukan.

Semua ini untuk orang muda.

Mereka ini yang bukan memastikan Sarawak maju bukan setakat pada 2030 tetapi tahun-tahun yang seterusnya.

Tidak semua orang muda sekarang akan menjadi yang berhormat, menteri dan sebagainya untuk membantu pembangunan Sarawak, tetapi masih membantu dalam banyak lagi aspek, antaranya sukan.

Jadi, rebut ruang dan peluang yang disediakan, termasuk untuk cadangan Sarawak menjadi salah sebuah wilayah penganjur Sukan SEA 2027 dengan bersyarat – lebih banyak acara sukan diadakan di Sarawak selain majlis perasmian juga diadakan di Sarawak.

Walaupun perlu mengeluarkan separuh daripada RM750 juta peruntukan penganjuran Sukan SEA 2027, namun, ia adalah kelebihan tersendiri.

Kita dapat menyaksikan atlet antarabangsa beraksi di Sarawak, selain belajar penganjuran acara sukan antarabangsa, malah rakyat yang lain juga mendapat manfaat – peniaga, pengusaha hotel, pengangkutan – semuanya menerima manfaat.

BERITA LAIN

Berani cakap berani hadap

KEMATIAN seorang pempengaruh baru-baru ini kerana tidak tahan berdepan dengan buli siber membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai membuat ugutan terhadap pempengaruh itu. Sudah

Sasaran 70 emas realistik

SEBAGAI tuan rumah dan selaku bekas juara tiga kali berturut-turut (1990, 1992 dan 1994), adalah wajar untuk kontinjen Sarawak mengimpikan kejuaraan keempat temasya sukan berprestij

PETROS, PETRONAS dan kejutan gembira

RUPA-RUPANYA masih ada yang tidak berpuas hati apabila Sarawak menggerakkan usaha dan berjaya dalam menuntut haknya terhadap pemilikan padang dan lombong minyak dan gas di

Sihat sebelum sakit

MANFAATKAN lima perkara sebelum lima perkara. Pertama, muda sebelum tua; kedua, sihat sebelum sakit; ketiga, kaya sebelum miskin; keempat, lapang sebelum sibuk dan kelima, hidup

Azam baharu hijrah

NABI Muhammad SAW dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Di situ bermula kisah Muhajirin dan Ansar bertaut persaudaraan, dan berkembangnya umat Islam lantaran tersebar ke

Ikhlas belajar

SEBELUM memasuki alam pekerjaan atau mengeluarkan titih peluh menjana pendapatan, sudah pasti terdapat mahasiswa mempunyai perancangan kerjaya sendiri. Ada antara mereka mengidamkan untuk bekerja mengikut

BERITA TERBARU