ARTIKEL

Untung bersih suku ketiga Bermaz susut kepada RM70.50 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) menyusut kepada RM70.50 juta pada suku ketiga berakhir 31 Jan, 2024 daripada RM87.28 juta bagi tempoh yang sama setahun sebelum itu.

Hasil menurun kepada RM896.50 juta berbanding RM975.96 juta sebelum itu, menurut syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam.

Ia berkata penurunan hasil kumpulan itu sebanyak RM79.5 juta, penyusutan sebanyak 8.1 peratus disebabkan terutamanya oleh jumlah jualan yang rendah dan perubahan campuran jualan daripada operasi domestik jenama Mazdanya.

Bagi sembilan bulan berakhir 31 Jan 2024, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM260.81 juta berbanding RM203.12 juta dalam tempoh yang sama setahun lepas.

Hasil bagi tempoh itu juga naik sebanyak 20.9 peratus, atau RM516.9 juta kepada RM2.99 bilion berbanding RM2.47 bilion sebelumnya.

Peningkatan itu disebabkan jumlah jualan yang lebih tinggi daripada operasi domestik jenama Mazdanya, terutamanya model Mazda CX-30 CKD, yang terus mencatatkan jumlah jualan tinggi sejak dilancarkan pada Mac 2023.

Dalam satu kenyataan berasingan, kumpulan itu berkata lembaga mengumumkan dividen interim satu peringkat ketiga sebanyak 4.25 sen sesaham bagi tahun kewangan 2024 yang perlu dibayar pada 3 Mei, 2024.

Jumlah dividen yang diisytiharkan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Jan, 2024 berjumlah 14.25 sen sesaham.

Menurut syarikat itu, ia menjangkakan jumlah keseluruhan industri bagi tahun ini menyusut 59,731 unit atau 7.5 peratus kepada 740,000 unit disebabkan prospek ekonomi global yang tidak menentu susulan konflik dan ketegangan di Timur Tengah dan Eropah Timur, serta perbelanjaan pengguna tempatan berikutan kebimbangan terhadap pengenalan beberapa cukai baharu.

Sektor automotif dijangka terus mencatat pertumbuhan, walaupun pada kadar yang lebih perlahan disebabkan oleh tekanan inflasi, konflik geopolitik dan pertumbuhan global yang lebih lemah, yang akan menjejaskan keseluruhan ekonomi tempatan, katanya.

Pelancaran model yang dinaik taraf baharu dan/atau baharu pula bergantung kepada sentimen pasaran dan keadaan ekonomi.

“Tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangkakan, lembaga pengarah menjangkakan prestasi kumpulan itu kekal positif untuk tahun kewangan 2024,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

MBSA nafi tawar iklan hartanah di Facebook

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan pihaknya terlibat dengan tawaran iklan hartanah yang diiklankan oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman Facebook. MBSA dalam

BERITA TERBARU

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket