Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Upacara pengebumian cetus kluster baharu di Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kluster Lorong 3 Kampung Siol Kandis di Kuching merupakan kluster baharu melibatkan komuniti diisytiharkan di Sarawak, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, penularan jangkitan berpunca daripada upacara pengebumian dan sembahyang kematian pada 2, 4 dan 12 Jun lalu serta pergerakan sosial dalam kalangan individu yang menghadiri upacara tersebut.

“Sejumlah 123 individu telah disaring dengan 45 kes dikesan positif manakala 78 kes negatif,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN berkata Kluster Jalan Haji Lampam, Miri diisytiharkan tamat selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari.

“Sementara sebanyak 95 kluster masih aktif, namun16 kluster merekodkan 125 penambahan kes, manakala 79 kluster tidak kes baharu,” ujar JPBN.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru