Upacara pengebumian wajib maklum kepada PDRM dan Pejabat Daerah 

KUCHING: Hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan menghadiri upacara pengebumian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dalam pada itu mereka diwajibkan memaklumkan kepada Pejabat Daerah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan kawalan awam. 
“Garis panduan (SOP) upacara pengkebumian boleh didapati daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR),” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini. 
Berdasarkan SOP tersebut, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) turut diwajibkan untuk melaporkan sebarang kematian di rumah persendirian, rumah panjang dan kampung kepada balai Polis dan pejabat daerah berdekatan. 
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri turut menyatakan sepanjang tempoh tersebut semua aktiviti sosial dan perhimpunan tidak dibenarkan. 
“Ia termasuk perkahwinan, kenduri-kendara, majlis pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran dan lain-lain.

Suara Sarawak