Upacara Qing Ming Jie dibenarkan dengan SOP ketat

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini memutuskan untuk membenarkan upacara bagi menziarahi dan membersihkan tanah perkuburan Qing Ming Jie.

Menurut JPBNS, arahan ini berkuat kuasa 20 Mac hingga 14 April dari jam 4 pagi hingga 12 tengah hari.

“Garis panduan (SOP) terperinci boleh didapati di laman web Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala mengenai status pendaftaran program vaksinasi di Sarawak, JPBNS berkata sejumlah 1,223,080 individu telah mendaftar setakat jam 8 pagi hari ini.

Katanya daripada jumlah itu, seramai 788,012 individu mendaftar melalui pejabat Residen Bahagian dan seramai 435,068 individu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Suara Sarawak