ARTIKEL

Pelajar Diploma Kejuruteraan Pertanian dari Kelab MSAE-SC Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) bersama piala kemenangan mereka.

UPM Bintulu cemerlang dalam pertandingan inovasi pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sembilan pelajar Diploma Kejuruteraan Pertanian dari Kelab MSAE-SC Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) merangkul dua emas, satu perak dan satu gangsa dalam pertandingan inovasi pertanian di Perlis baru-baru ini.

UPMKB dalam satu kenyataan berkata, Pertandingan Pameran Teknologi Jurutera Pertanian dan Makanan Muda dan Amazing Race diadakan di Universiti Malaysia, Perlis sempena Konvensyen Serantau Tahunan Pelajar Pertanian dan Kejuruteraan Makanan Asia Tenggara kali ke-10.

Peserta iaitu Wan Amrin Aniq Wan Abu Manshor, Akmal Mirza Asbanizam, Fazrul Aiman Zainon, Nur Naziirah Batrishia Mokhlis, Nur Hurin Husna Rafiee, Nora Aniza Riduan, Yohanes Laing Zakaria, Tan Yu Xian dan Simon Merinding bersaing dengan pelajar dari Indonesia dan Thailand serta universiti serta kolej tempatan dalam program selama enam hari itu.

“Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar kejuruteraan pertanian dari negara Asia Tenggara bertukar pengalaman dan pendapat dalam bidang tersebut.

“Kepelbagaian penyertaan dijangka membuka ruang kepada peserta untuk menimba pengalaman baharu

“Selain itu, membina hubungan baik dalam kalangan bakal jurutera pertanian di negara Asia Tenggara,” kata kenyataan UPMKB. Pasukan itu dibimbing Penasihat Kelab MSAE-SC UPMKB Dr Nor Hanifawati Inai, Dr Wan Nor Zanariah Zainol dan Dr Nozieana Khairuddin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual