ARTIKEL

Kursus Pra Perkahwinan anjuran Majlis Perwakilan Kolej Sri Rajang UPM Kampus Bintulu dengan kerjasama JAIS Bintulu pada 11 dan 12 Mei ini.

UPM Kampus Bintulu, JAIS anjur kursus pra perkahwinan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Majlis Perwakilan Kolej Sri Rajang Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam (JAIS) Bintulu akan menganjurkan program Kursus Pra Perkahwinan, pada
11 dan 12 Mei ini.

Kursus dua hari itu akan diadakan di Dewan Kuliah Pusat 2A, UPM Kampus Bintulu dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang(11 Mei) manakala mulai jam 7.30 pagi hingga 5 petang(12 Mei).

Yuran pendaftaran sebanyak RM80 dikenakan bagi setiap peserta yang ingin mengikuti kursus berkenaan.

Pendaftaran boleh dibuat dengan melayari laman web : https://forms.gle/gFJSpb895xmNDj3b7.

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh diperolehi dengan menghubungi Dinisha Prabah (Pengarah Program) di talian 012-7721057 , Khairunnisa (013-8140619) atau Francisca (011-11978623).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU