ARTIKEL

WILSON UGAK semasa menghadiri perasmian Jerayawara OAOR di Georgetown, hari ini.

Urus bencana dengan lebih berkesan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGETOWN: Malaysia komited mengembangkan bilangan Pasukan Tindak Balas dan Penilaian Kecemasan ASEAN (ERAT) sebagai sokongan terhadap visi One ASEAN, One Response (OAOR).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan memaklumkan sehingga kini, anggota pasukan ASEAN-ERAT daripada Malaysia seramai 40 orang terdiri daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

WILSON UGAK menyampaikan ucaptama pada perasmian Jerayawara OAOR di Georgetown, hari ini.

“Sebagai penzahiran komitmen Malaysia terhadap visi OAOR ini, negara melalui NADMA antara lain akan terus mengembangkan bilangan pasukan ASEAN-ERAT.

“Sejak 2010, ASEAN-ERAT daripada Malaysia telah terlibat membantu dalam 13 misi tindak balas bencana serta bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) di seluruh rantau ASEAN.

“Selain itu, kita telah melahirkan ramai pakar ASEAN-ERAT yang bekerjasama rapat untuk membantu pihak Pusat Penyelarasan ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan mengenai pengurusan bencana (AHA Centre) sebagai fasilitator, penceramah dan mentor dalam lebih 35 program pembangunan kapasiti ASEAN-ERAT,” katanya dalam kenyataan berhubung perasmian Jerayawara OAOR di JEN Penang Georgetown Hotel, hari ini.

Terdahulu dianggarkan 150 hadir program Jerayawara OAOR yang dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Ini menjadikan Malaysia negara keempat selepas Brunei, Indonesia dan Singapura menganjurkan jerayawara sama.

Jelas kenyataan itu lagi, jerayawara dianjurkan bersama oleh NADMA dan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama daripada AHA Centre telah disertai wakil daripada kementerian dan agensi berkaitan pengurusan bencana di peringkat negeri serta Persekutuan.

“Antara lain wakil-wakil kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi daripada negara-negara ASEAN, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Kesatuan Eropah, Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea.

“Objektif utamanya memberikan pededahan mengenai visi dan mekanisme OAOR yang dibentuk di peringkat serantau ASEAN serta kebolehoperasian mekanisme ASEAN dengan mekanisme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di dalam bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR).

“Di samping, peserta turut didedahkan mengenai integrasi mekanisme serantau dan antarabangsa ke dalam mekanisme HADR nasional,” ujarnya.

Sementara Wilson Ugak dalam ciapan di Facebook menyatakan semua sedia maklum, ASEAN merupakan negara yang paling terdedah kepada bencana.

“Justeru, penggemblengan dan penyelarasan yang efektif meliputi sumber, aset dan peralatan, kepakaran serta tenaga manusia yang ekstensif amat penting bagi menguruskan bencana dengan lebih baik dan berkesan,” tegasnya.

Beliau mengharapkan sesi perbincangan dan pertemuan ini dapat menjalinkan kerjasama secara kolektif melangkaui sempadan negara bagi menguruskan bencana pada masa akan datang demi kesejahteraan rakyat dan negara tercinta.

BERITA LAIN

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

100 guru berpeluang lihat prototaip ART dari dekat

KUCHING: Seratus warga pendidik berpeluang melihat secara dekat prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) dalam satu lawatan mereka di sini, baru-baru ini. Delegasi yang terdiri

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

100 guru berpeluang lihat prototaip ART dari dekat

KUCHING: Seratus warga pendidik berpeluang melihat secara dekat prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) dalam satu lawatan mereka di sini, baru-baru ini. Delegasi yang terdiri