ARTIKEL

Urus dengan kaedah ketat berkaitan radiasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEOUL: Korean Air menguruskan dengan ketat berkaitan dengan pendedahan radiasi kosmik untuk kru penerbangannya.

Kenyataan itu dibuat selepas keputusan penting berkenaan kematian pramugara adalah akibat serupa dengan kemalangan industri.

Keputusan oleh Perkhidmatan Pampasan dan Kebajikan Pekerja Korea yang dikendalikan kerajaan yang dikeluarkan bulan lalu dan dihantar kepada AFP mendapati kematian akibat kanser seorang pramugara, yang bertugas untuk syarikat penerbangan itu selama 25 tahun, berpunca daripada pendedahan radiasi kosmik.

Kru penerbangan terdedah kepada tahap radiasi kosmik yang lebih tinggi secara semula jadi apabila kesan perisai atmosfera bumi berkurangan pada ketinggian lebih tinggi.

Atendan penerbangan itu, yang dikenal pasti dengan nama keluarga Song, menghabiskan hampir 1,022 jam di dalam pesawat setiap tahun dengan hampir separuh daripada penerbangannya meliputi laluan jarak jauh ke Amerika dan Eropah.

Laluan sedemikian mendedahkan kru penerbangan kepada lebih banyak radiasi kosmik kerana ia melibatkan penerbangan di atas Kutub Utara, iaitu kedudukan sinaran sedemikian lebih tinggi disebabkan oleh medan magnet bumi.

Song disahkan menghidap kanser perut tahap empat pada April 2021 dan meninggal dunia sebulan kemudian.

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah