ARTIKEL

Urus wakaf dengan amanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pengurusan wakaf khususnya membabitkan tanah yang diberikan orang ramai untuk membina masjid atau surau perlu ditangani dengan baik serta amanah.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia bagi memastikan proses pemindahan harta wakaf dijalankan mengikut keperluan yang pada asalnya untuk kebajikan.

“Dalam konsep Islam, ada masyarakat yang membina masjid dan surau berdasarkan kepada wakaf iaitu mendermakan harta benda ke jalan Allah.

“Wakaf ini, apabila harta termasuk tanah sudah diserahkan, ia tidak boleh ditarik balik. Jadi orang yang menguruskannya terutama pihak pengurusan masjid dan surau perlu melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Sarawak Tahun 2021/1443H di Dewan Kompleks Islam Sibu, hari ini.

Tambahnya, sejak menjadi wakil rakyat lebih 40 tahun lalu, beliau mempunyai pelbagai pengalaman dalam menguruskan wakaf.

“Wakaf ini adalah amanah, sama seperti kita menjaga anak-anak dari kecil sehingga besar. Begitu juga dengan wakaf yang hendaklah diuruskan dengan sebaik-baiknya,” jelasnya.

Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya (harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya) kepada pengguna wakaf dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah. Ia tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU