Trending

USAH DIKENANG SEMALAM YANG BERLALU

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pile of old Magazines, close-up view

NUKILAN: NITA DRANI
SUNGAI BULOH, SELANGOR.

SUATU ketika dulu, menatap majalah dan akhbar di kedai sudah menjadi terapi buatnya.

Jika bosan datang bertandang, dia singgah di sebuah kedai buku yang berada di perut bangunan pasar raya di kawasan perumahannya.

Kaki menapak di kedai itu hanya lima minit.

Detik itu sudah cukup untuknya membelek-belek beberapa majalah di situ. Matanya sekadar mengintai halaman Dekorasi dan Cerpen saja.

Sudah cukup untuknya membuat keputusan sama ada ingin membeli atau tidak majalah tersebut.

Usai matanya menyapa tajuk yang menghiasi ruangan tersebut, majalah tersebut akan balik ke kedudukannya semula.

Jika ruangan itu mampu menggodanya, dia tak teragak-agak membeli majalah tersebut. Kini, rindu bertandang lagi untuk menatap majalah dan akhbar di kedai.

Pagi itu setelah usai urusan rumah tangga, dia sudah menuju ke satu pasar raya yang menjadi kebiasaannya kerana kedai buku di kawasan perumahannya sudah ditutup.

Pasar raya tersebut agak besar dan di situ juga ada sebuah kedai yang menjual majalah dan buku.

Destinasinya untuk mencari akhbar dan majalah yang agak lama tidak dibeli.

Tiba-tiba dia terfi kir wujudkah lagi majalah dan akhbar itu secara fi zikal sejak kemunculan bahan bacaan digital?

“Kita nak ke mana lepas ni, umi?”

tanya Akmal setelah selesai sarapan di Restoran Mak Mah.

“Kita ke kedai serbaneka. Umi nak beli majalah dan akhbar.”

Anak-anak yang terbiasa dengan bangunan itu terus melangkah laju ke arah kedai serbaneka yang dimaksudkan.

Mereka juga sebenarnya teruja kerana sudah lama tidak membeli bahan bacaan. Kakinya juga rakus menuju bahagian hujung kedai itu.

Dia terpana.

Sudah dua tahun dia tidak menjejakkan kaki di situ. Kali ini keadaan kedai itu sudah berubah. Dia tidak percaya.

Sudah tiada bahan bacaan yang dipamerkan di rak dalam kedai serbaneka itu.

Dia tidak puas hati.

“Dah tak ada majalah dan akhbar sekarang?” jurukedai yang ada di kaunter didekatinya.

“Dah tak ada lama dah, ” jawapan itu sangat menghampakannya.

Punahlah harapannya mahu membelek majalah dan akhbar yang tersusun rapi di barisan atas rak buku.

Dia belum puas hati. Seminggu kemudian dia ke kedai buku Popular untuk meninjau majalah yang ada di kedai buku tersebut. Rindu menatap majalah berderet di rak masih membukit.

Apabila kaki melangkah di kedai buku tersebut, harapannya yang menggunung punah sama sekali. Rak yang biasanya dipenuhi majalah tempatan sudah tidak kelihatan lagi.

Hatinya lebih tersayat apabila mengenangkan banyak majalah Mingguan Wanita, Keluarga, Jelita, Nona, Nur, dan Midi telah dijual kepada pengumpul bahan kitar semula enam bulan lalu.

Sayangnya kerana majalah tersebut sudah tiada di pasaran.

Sambil melangkah dari kedai tersebut, dia menenangkan diri. Usah dikenang semalam yang telah berlalu.

Kata-kata itu dipeluk erat dalam hatinya.

Kini, dia akan hargai bahan bacaan yang masih tersisa di rak bukunya kerana dia tidak mahu menyesal untuk kali kedua. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Sanggar Puisi

Airul Affendi Ali September 2023 Puchong, Selangor. PANTUN RAKYAT NEGERI

ANAK MERDEKA

MUSALMAH 31 OGOS 2023 Anak Merdeka saban hari, saban purnama

Demi Malaysia

Kita bertiga dalam genggaman setiaberdiri di bawah satu benderadan sebuah

Sanggar Puisi

KEPADAMU MERDEKA,MALAM INIAku membaca sehalaman buku sejarahmencari mentafora dan personafi

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru