ARTIKEL

Usah pandang ringan soal keselamatan di Lebuh Raya Pan Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Orang ramai yang menggunakan laluan Pan Borneo diingatkan agar tidak memandang enteng aspek keselamatan walaupun pemanduan di kawasan itu kini bertambah lancar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sikap berhati-hati dan sentiasa berwaspada amat penting apatah lagi pelaksanaan projek berkenaan kini telah mencapai kemajuan sebanyak 95 peratus.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meninjau projek Pan Borneo Sarikei, bersama Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Pada masa yang katanya, komuniti setempat juga perlu memberikan kerjasama agar tidak mengambil atau memindahkan komponen penting binaan projek terbabit demi keselamatan bersama.

“Jangan memandu melulu, sentiasa berhati-hati kerana keselamatan adalah sangat penting.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meninjau projek Pan Borneo Sarikei, bersama Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Perjalanan di Pan Borneo kini bertambah lancar namun, kita tidak mahu sebarang musibah berlaku berikutan kecuaian dan kelalaian,” katanya kepada pemberita ketika meninjau pelaksanaan projek seksyen Sarikei, hari ini.

Beliau berkata, usaha menambah baik kemudahan termasuk papan tanda peringatan perlu dilaksanakan demi memastikan orang ramai sentiasa berwaspada.

Dalam perkembangan berkaitan ujar beliau, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan jalan juga akan memberi penerangan kepada komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap aspek keselamatan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii dan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

BERITA LAIN

Jangan tuduh sembarangan – Tan Kai

PADAWAN: Masalah dinding longkang runtuh di Jalan Dusun Utara, Lorong 1 dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1 Julai lalu, tegas Tan Kai. Pengerusi

BERITA TERBARU