ARTIKEL

Usah peduli isu luar Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menasihati rakyat negeri ini untuk tidak terlalu ambil peduli sebarang isu yang berlaku di luar Sarawak.

Menurutnya, sebarang isu yang berbangkit di luar Sarawak, biar pihak terlibat menyelesaikannya.

“Jika mereka ada masalah, biar mereka selesaikannya. Tidak perlu kita sibuk dengan masalah mere
ka,” katanya ketika merasmikan Program Rindok Digital anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) di Pekan Simunjan di sini semalam.

Tegas Abang Johari, rakyat Sarawak harus menjaga setiap kepentingan mereka di negeri ini agar tidak diganggu oleh pihak luar.

“Kita harus jaga rumah kita sendiri agar lebih kukuh. Sekiranya kita bersatu-padu, kita mampu untuk menjaga rumah kita dengan baik dan melindunginya,” ujarnya.

Katanya lagi, jika ada rakan-rakan yang datang daripada pelbagai kaum ke rumah, sebagai tetamu, mereka dialu-
alukan.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu yang melanda politik di Semenanjung Malaysia termasuk penolakan tulisan jawi di sekolah sekular dan penggantungan tanglung sempena Tahun Baharu Cina.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU