ARTIKEL

Antara lain, Mohamed Fadzli berkata, skim pencen juga menjadi tarikan utama kepada lepasan universiti untuk menyertai perkhidmatan awam. - Foto Facebook Mohamed Fadzli Hassan

Usah terburu-buru mansuh skim pencen penjawat awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan diharap tidak mengambil langkah terburu-buru dalam isu cadangan pemansuhan skim pencen bagi penjawat awam baharu berstatus tetap, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata banyak isu perlu dikaji sebelum cadangan itu dilaksanakan terutama masa depan penjawat awam selepas menamatkan perkhidmatan.

“Pelaksanaan cadangan ini juga pasti akan memberi kesan kepada perundangan negara berikutan skim pencen sebenarnya telah ada dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Skim pencen adalah satu keistimewaan bagi penjawat awam yang sebahagian besarnya merupakan Bumiputera. Ia dipandang sebagai sesuatu yang penting sewaktu Perlembagaan Persekutuan digubal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di sini, semalam.

Mohamed Fadzli berkata skim pencen juga menjadi tarikan utama kepada lepasan universiti untuk menyertai perkhidmatan awam.

Beliau berkata antara sebab siswazah mahu menyertai sektor awam adalah jaminan pencen selepas tamat perkhidmatan.

“Apabila skim ini sudah tiada, kita bimbang orang ramai tidak lagi berminat kepada perkhidmatan awam, seterusnya beralih kepada sektor swasta dan sebagainya.

“Jadi kerajaan perlu memikirkan alternatif terbaik jika skim pencen dimansuhkan termasuk cadangan tangga gaji lebih tinggi dan sebagainya,” katanya.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP