Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Usaha cegah judi dalam talian: 13 operator ditangkap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seramai 13 operator judi dalam talian ditangkap hasil serbuan polis ke atas 12 buah premis dalam tempoh empat hari bermula 8 Mac hingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata kesemua suspek kini dalam tahanan reman dan masih dalam siasatan lanjut berhubung sindiket terbabit khususnya di kawasan Bandaraya Kuching.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Jika sabit kesalahan mereka (suspek) boleh dikenakan denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun,” tegas beliau dalam satu kenyataan Jumaat.

POTONG…Operasi bersepadu IPD Kuching bersama kakitangan SESCO terhadap premis-premis yang dikenalpasti menjalankan aktiviti judi dalam talian

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru