ARTIKEL

RUJUKAN… Logo CGTN Eropah digambar pada papan tanda di luar blok pejabat yang menempatkan pejabat GCTN di Chiswick Park, barat London, England. - AFP

Usaha China kembangkan kuasa produktif kualiti baharu jadi rujukan negara membangun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING, China: Usaha China dalam mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu dan mewujudkan pembangunan berkualiti menjadi tumpuan pakar dan sarjana yang menghadiri sesi dialog anjuran Rangkaian Televisyen Global China (CGTN).

Mutakhir ini, CGTN bersama 20 media dan kumpulan pemikir asing melancarkan sesi dialog ‘Kongsi Peluang Baharu Pembangunan Ekonomi’ khusus untuk Asia dan Afrika dengan membabitkan 13 negara, termasuk Pakistan, Myanmar, Turkiye, Thailand dan Kenya.

Para peserta sependapat bahawa China giat menggerakkan transformasi perindustrian menerusi inovasi teknologi serta mewujudkan kelebihan baharu untuk pembangunan sendiri, sekali gus menjadi teladan serta memberi peluang buat negara membangun.

Bekas Duta Besar Nepal ke China, Lila Mani Paudel berkata kesungguhan China dalam memajukan kuasa produktif kualiti baharu menjadi rujukan kepada pembangunan Nepal. 

“Nepal boleh belajar daripada China dan merangka laluan pembangunan sehingga memiliki kuasa produktif kualiti baharu sendiri,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengajian Strategik Institut Gentala Indonesia, Christine Susanna Tjhin, beranggapan bahawa kuasa produktif kualiti baharu menyuntik penggerak baharu bagi membolehkan ekonomi China kekal dinamik. 

Beliau yakin ekonomi China akan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Pengajian China Akademi Diraja Kemboja, Ky Sereyvath, berkata usaha China berkenaan bukan sahaja menjana transformasi perindustrian China sendiri, malah menunjukkan hala tuju pembangunan Kemboja dan membekalkan momentum baharu kepada pertumbuhan ekonomi sejagat. – BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU