ARTIKEL

Usaha Kerajaan Perpaduan kukuhkan hubungan Msia-China luar biasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengukuhan hubungan strategik antara Malaysia dengan China yang dilakukan Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai luar biasa berbanding yang dilakukan sebelum ini, kata Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Muhamad Azwan Abd Rahman.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat hubungan antara kedua-dua negara yang terjalin sejak 50 tahun lalu ke suatu tahap erat berstrategi yang menjamin kedudukan Malaysia di persada antarabangsa antaranya dengan memberi penekanan terhadap kewujudan bersama secara aman.

“Melihat kepada realiti politik antarabangsa, kerjasama hidup aman dan damai saling berdampingan, ini sangat penting. Ia satu hubungan yang boleh membawa kebaikan atau nilai yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, hari ini.

Selain itu, Muhamad Azwan berkata apabila kerajaan meletakkan China sebagai ‘hubungan strategik erat’, ia menjamin kedudukan Malaysia bersama negara yang mempunyai kepentingan sama, khususnya dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta Inisiatif Peradaban Global (GCI).

Beliau berkata, menerusi BRI, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pasti memberi manfaat kepada rakyat di negeri-negeri Pantai Timur yang terlibat iaitu Kelantan, Terengganu serta Pahang daripada segi peningkatan pendapatan serta peluang pekerjaan.

“Perlu ada satu kerjasama di antara Malaysia, China, pihak sektor yang ketiga iaitu Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) serta peranan kerajaan negeri sendiri dalam mendedahkan manfaat kerjasama ini kepada masyarakat di kawasan tersebut,” katanya.

Mengenai hasrat Malaysia menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan), Muhamad Azwan menyifatkan keputusan yang dibuat Perdana Menteri itu sebagai tindakan yang bijak.

“Beliau (Anwar) pernah menjelaskan bahawa tidak mahu lihat kesan angkara kuasa barat dalam mengawal kita lagi. Kita negara yang bermaruah serta bebas dan BRICS merupakan salah satu proses untuk mengembalikan globalisasi timur,” katanya.

Malaysia dan China mula menjalinkan hubungan dua hala secara rasmi pada 31 Mei 1974 menerusi Kenyataan Bersama yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China Chou En-Lai, ketika itu.


– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan