Trending

Usaha LAKMNS perkemas pelan penambahbaikan lima tahun Strategi Hijau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sedang berusaha untuk memperkemaskan satu pelan penambahbaikan lima tahun Strategi Hijau, kata Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS itu berkata, ia merupakan salah satu usaha untuk menyokong 
inisiatif Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan kelestarian alam sekitar.

RAKAMAN KENANGAN… Abang Abdul Wahap merakam gambar kenangan bersama-sama dengan juara Pertandingan Pencak Silat Seni Kreatif mewakili masjid dan surau iaitu peserta dari Masjid Darul Ibadah Kampung Kudei Lama.

Katanya, usaha kecil tersebut dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat umum tentang kelestarian alam sekitar.

“Antara lain, kami ingin mengajak qariah dan komuniti setempat untuk mengamalkan kaedah kitar semula dan “rubbish separation at source”. 

“Ke arah ini LAKMNS sudah pun menyediakan tong sampah berasingan di kawasan masjid dan bangunan- bangunan agensi tersebut seperti apa yang dapat lihat ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah 2023 di Masjid Jamek Sarawak, di sini, hari ini.

Tambahnya, LAKMNS juga juga akan menderma 20 unit tong sampah kepada masjid dan surau yang berdekatan dengan harapan mereka juga akan dapat berperanan mendidik qariah masing-masing. 

Sementara mengenai festival yang berlangsung dari 28 hingga 30 Julai itu, beliau menyifatkan ia telah mencapai objektif yang ditetapkan sekali gus berjaya meraih sekitar 3,000 pengunjung.

Hadir sama adalah Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Mohamad Feisal Said; serta wakil yang lain.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru