Usaha lindungi biodiversiti S’wak

KUCHING: Pelancongan bertanggungjawab dapat memastikan biodiversiti di Sarawak kekal terlindung, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut beliau, Sarawak terkenal dengan banyak taman nasional dan inisiatif eko-pelancongan serta kaya dengan ekosistem semula jadi termasuk kepelbagaian flora dan fauna.

“Dengan adanya pelancongan bertanggungjawab ini, ia akan melindungi kepelbagaian sumber alam semula jadi dan kelangsungan sumber untuk generasi akan datang.

“Melalui pelancongan bertanggungjawab ini, pelancong turut mendapat ganjaran kerana ia boleh memberi kefahaman yang meluas kepada pelancong mengenai budaya tempatan, sosial, isu alam sekitar dan bagaimana mereka dapat membantu dalam memberi perlindungan serta kelangsungan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikin ketika merasmikan Webinar Pelancongan Bertanggungjawab Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Mei 2021

Suara Sarawak