ARTIKEL

A family rests after being evacuated from the earthquake area at a temporary center at an elementary school in Hualien on April 4, 2024. At least nine people were killed and more than 1,000 injured by a powerful earthquake in Taiwan that damaged dozens of buildings and prompted tsunami warnings as far as Japan and the Philippines before being lifted. (Photo by Sam Yeh / AFP)

Usaha menyelamat mangsa gempa bumi Taiwan diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HUALIEN: Petugas bantuan menyimpan barangan mainan, selimut dan susu formula bayi untuk keluarga yang berlindung di sebuah sekolah rendah di Hualien, iaitu pusat gempa bumi terbesar di Taiwan dalam suku abad.

“Kami mempunyai semua barangan yang diperlukan iaitu selimut, tandas dan tempat untuk berehat,” kata Hendri Sutrisno yang merupakan warga Indonesia, yang ditempatkan di sebuah khemah bersama-sama isteri dan bayi berusia dua bulan.

Profesor berusia 30 tahun di Universiti Dong Hwa Hualien dan keluarganya adalah antara lebih 100 orang yang memilih untuk tinggal di khemah yang didirikan di sebuah sekolah rendah selepas gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda Taiwan pada Rabu.

Gegaran susulan gempa itu yang terbesar sejak bencana 7.6 magnitud pada 1999 yang mengorbankan 2,400 orang, dan menjelang pagi Khamis, Hualien mengalami lebih 300 gegaran.

Hendri berkata, dia dan isterinya bersembunyi di bawah meja dengan bayi mereka ketika gempa pertama melanda, sebelum melarikan diri dari bangunan itu.

“Kebimbangan kami ialah apabila gempa besar susulan berlaku, mungkin sukar bagi kami untuk berpindah sekali lagi terutamanya dengan bayi.

“Jadi lebih baik, lebih bijak untuk tinggal di sini,” katanya ketika bayinya tidur di dalam kereta sorong.

Usaha menyelamat diteruskan di tempat lain di seluruh daerah, dengan pihak berkuasa berusaha mencapai lebih 600 orang, sama ada terperangkap dalam terowong atau terputus hubungan di kawasan terpencil walaupun mereka dipercayai selamat.

Daerah Hualien, di pantai timur Taiwan, adalah rumah kepada rangkaian terowong yang membolehkan pemandu melintasi pergunungan yang indah di rantau ini.

Sebahagian besar orang yang terperangkap termasuk di sebuah hotel berhampiran Taman Negara Taroko, serta pekerja di terowong berhampiran yang kini terputus hubungan sepenuhnya. – AFP

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU