ARTIKEL

Usaha perkasa pejabat daerah penting untuk laksana projek pembangunan demi rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SUNGAI PETANI: Usaha kerajaan untuk memperkasa pejabat daerah di seluruh negara amat penting bagi memastikan semua projek pembangunan yang diluluskan dapat dilaksana mengikut tempoh ditetapkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Pegawai Daerah Kuala Kangsar Zulhisham Ahmad Shukori berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan tumpuan untuk memperkasa pejabat daerah sekali gus dilihat dapat mempercepat usaha pembangunan negara.

“Sebagai mewakili pejabat daerah, apa dilaksanakan ini amatlah penting untuk pembangunan negara dan kami bersedia melaksanakan apa juga yang digariskan oleh Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: Pembangunan MADANI, Rakyat Disantuni di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok yang disempurnakan oleh Perdana Menteri.

Konvensyen dua hari anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri itu menjadi platform antaranya menterjemah aspirasi MADANI dalam konteks pembangunan dan kesejahteraan rakyat selain membincangkan tatakelola dari sudut peraturan serta amalan terbaik dalam merealisasikan agenda sosiopembangunan nasional.

Konvensyen itu disertai kira-kira 700 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri serta Setiausaha Persekutuan Sabah dan Sarawak selain Pegawai Daerah seluruh negara

Baca lain  1,000 murtabak laris dalam tempoh 90 minit

Pada ucapan penutupan konvensyen itu, Perdana Menteri berkata kerajaan memberi penekanan terhadap usaha memperkasa pejabat daerah di seluruh negara bagi memastikan projek pembangunan dilaksana dengan cekap dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Anwar juga meminta semua pegawai daerah menyerahkan laporan prestasi projek bermasalah dan menyenaraikan keperluan masing-masing kepada beliau selewat-lewatnya Jumaat depan supaya tindakan segera boleh diambil.

Beliau turut melancarkan Sistem Nasional MyProjek pada majlis itu.

Pegawai Daerah Hulu Perak Mohd Zairasyahli Shah Zakaria pula menyifatkan usaha kerajaan itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri mengiktiraf kepentingan peranan pegawai daerah dalam proses pembangunan negara.

Beliau berkata pegawai daerah memainkan peranan sebagai pemantau bagi setiap projek pembangunan yang diluluskan untuk memastikan ia dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

“Kita sangat bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa pemerkasaan untuk pejabat daerah memang perlu diberikan perhatian untuk kita melaksanakan projek-projek yang diluluskan… kita sangat bersyukur dan gembira,” katanya.- BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh