Usaha pikat bukan bumiputera sertai PDRM

KUCHING: Kuota pengambilan anggota bukan bumiputera dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dilakukan secara menyeluruh bagi menarik minat komuniti berkenaan khususnya di Sarawak dan Sabah memasuki PDRM.

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Sarawak Datuk Dr. Madeline Berma berkata, walaupun perkara itu satu langkah yang sangat baik namun ia tidak harus untuk kemasukan anggota baharu sahaja.

“Bagi saya kuota bukan hanya untuk kemasukan anggota baharu ke PDRM tetapi kuota untuk kenaikan pangkat, peluang mengikuti program pembangunan modal insan dan jumlah di peringkat membuat keputusan,” katanya yang dihubungi, semalam.

Mengulas mengenai kurangnya penyertaan bukan bumiputera di dalam PDRM, beliau berkata, antara faktornya ialah peluang terhad untuk bukan bumiputera dari segi laluan kerjaya. “Mereka tidak dapat mencapai potensi tertinggi mereka.

“PDRM perlu mempertingkatkan usaha menarik minat bukan bumiputera untuk menyertai PDRM di peringkat sekolah dan Institusi Pendidikan Tinggi,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021

Suara Sarawak