ARTIKEL

Premier menerima Sijil ABMS daripada Ismawi (tiga kiri), di pejabatnya, di sini, hari ini. (FOTO:UKAS)

Usaha RECODA perangi rasuah diiktiraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) menerima pengiktirafan dalam usaha memerangi rasuah melalui projek rintis Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengiktirafan ini sekali gus memberi kepercayaan kepada pelabur luar dan rakyat di Sarawak terutamanya integriti serta perjalanan tadbir urus berprinsip agensi kerajaan.

“Ini merupakan sebahagian daripada perjalanan kita ke arah tahun 2030 iaitu memberi penekanan kepada persoalan penyampaian dan ketelusan.

“Dengan adanya pencapaian ini, kita telah mencapai satu peringkat kejayaan dan paling penting, sistem tersebut sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima sijil tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni di Wisma Bapa Merdeka, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Premier yang juga Pengerusi RECODA memuji pencapaian tersebut kerana telah mempamerkan peranan integriti yang dipercayai dalam usaha memerangi rasuah.

Pada masa sama, beliau mengucapkan tahniah kepada RECODA kerana sistem yang diguna pakai mendapat pengiktirafan dalam memerangi rasuah.

Tambahnya, terdapat beberapa agensi terlibat dalam projek rintis ini seperti Jabatan Premier Sarawak, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Perbadanan Perhutanan Sarawak dan Jabatan Hal Ehwal Sarawak (JAIS).

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya.

BERUCAP…Premier memberi ucapan dalam majlis penyerahan sijil tersebut. (FOTO: UKAS)

BERITA LAIN

BERITA TERBARU