ARTIKEL

Mohd Saiful bergambar bersama peserta program Jerayawara Inisiatif PMKS Sarawak Belanjawan MADANI 2024 di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia(UPM) Kampus Bintulu.

Usahawan dibantu melalui pembiayaan perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kerajaan MADANI sentiasa komited membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya saing dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan Strategik, Perbendaharaan Malaysia, Mohd Saiful Sungkih Abdullah, pelbagai program pembiayaan menerusi institusi kewangan terus dilaksanakan pada tahun 2024 bagi membantu usahawan mendapatkan akses kepada pembiayaan perniagaan selaras dengan inisiatif di bawah kerangka Ekonomi Madani.

Katanya, Kerajaan Madani menerusi Belanjawan MADANI 2024 akan menumpukan pada usaha memperkasakan PMKS bagi mencapai Dasar Keusahawanan Nasional 2030 ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan.

Beliau berkata menyedari cabaran yang dihadapi PMKS dalam senario ekonomi yang sentiasa berubah serta perniagaan yang terdedah dan dipengaruhi pelbagai faktor luaran, kerajaan menerusi Belanjawan Madani 2024 menawarkan pelbagai program pembiayaan perniagaan bagi memudahkan urusan perniagaan PMKS.

“Program pembiayaan perniagaan ini dilaksanakan menerusi Institusi Kewangan Pembangunan atau Institusi Kewangan lain milik Kerajaan bagi memenuhi keperluan atau permintaan pelanggan PMKS yang berbeza.

“Program pembiayaan ini terbuka kepada semua PMKS yang layak di seluruh negara termasuk PMKS Sarawak,katanya pada Program Jerayawara Inisiatif PMKS Sarawak Belanjawan MADANI 2024 di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia(UPM) Kampus Bintulu, hari ini.

Tambah Mohd Saiful lagi, menerusi inisiatif Belanjawan MADANI 2024, kerajaan melaksanakan program pembiayaan bersubsidi bagi sektor tumpuan yang dikenal pasti dengan memberi subsidi kadar keuntungan 1.5 peratus setahun.

Ini, menurut beliau, dapat membantu mengurangkan kos pinjaman usahawan bagi pinjaman yang diberikan oleh institusi kewangan sambil menambah selain program pembiayaan bersubsidi, kerajaan juga melaksanakan program pembiayaan dengan jaminan kerajaan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan(SJPP).

Menerusi program itu, kerajaan menjadi penjamin ke atas pinjaman yang diberikan oleh institusi kewangan kepada usahawan yang antara lain bertujuan untuk menangani masalah atau kekangan dihadapi oleh syarikat- syarikat PMKS yang tidak mempunyai atau kekurangan cagaran untuk mendapatkan kemudahan kredit.

Justeru, beliau berharap PKMS dapat menggunakan peluang yang disediakan dengan sebaiknya untuk mendapatkan maklumat pembiayaan dan khidmat nasihat daripada institusi pembiaya atau agensi pelaksana inisiatif program pembiayaan, selain membantu mereka menjalankan atau mengembangkan perniagaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU