Trending

Usahawan perlu peka program, pembiayaan dari kerajaan dan pihak swasta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Para usahawan di negeri ini perlu peka dengan program serta pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta. 

Demikian tegas Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat yang berkata menerusi permohonan untuk geran dan latihan tersebut, mereka dapat mengembangkan perniagaan serta produk jualan mereka ke pasaran yang lebih luas. 

Ini kerana jelasnya, ia sejajar dengan keprihatinan kerajaan dengan perkembangan usahawan dan perniagaan perniagaan di negeri ini.

Ripin menyampaikan sijil kepada peniaga lemang, Mohammad Saiful Bahari Rosli yang memenangi anugerah jualan terbanyak sempena program Sarawak Heritage Kitchen 2023 di Garden House, Muzium Lama Sarawak.

“Golongan usahawan harus berusaha dan pandai mencari maklumat untuk boleh mendapatkan bantuan usahawan, latihan dan sebagai.

“Jadi, seorang usahawan itu perlu berpandangan luas mencari agensi yang dapat membantu,” katanya berucap penutupan program Sarawak Heritage Kitchen 2023 di Garden House, Muzium Lama Sarawak, di sini semalam.

Beliau berkata, sektor keusahawan ini merupakan salah satu elemen penting dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030.

Katanya, pelbagai dasar yang dirangka kerajaan juga menitik beratkan para usahaan agar mereka dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Dalam pada itu, Ripin berkata program Sarawak Heritage Kitchen 2023 yang berlangsung di pekarangan Muzium Lama Sarawak adalah penting kerana para usahawan dapat berinteraksi antara satu sama lain.

Katanya, program itu juga membolehkan usahawan mempromosikan produk mereka kepada orang ramai dan memperkenalkan produk dan perniagaan mereka ke pasaran yang lebih besar.

“Melalui aktiviti sebegini, mereka juga boleh mempamerkan produk syarikat mereka kepada usahawan yang memulakan atau menuju ke arah usaha yang lebih besar,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru