ARTIKEL

Usain Bolt selepas memenangi acara 4x10m di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016. - Foto: TalkSPORT

Usain Bolt ingin cipta rekod bersama Soccer Aid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

USAIN Bolt dianggap ramai sebagai pelari pecut paling hebat sepanjang zaman.

Selain memenangi lapan pingat emas Olimpik, dia memegang 11 gelaran Kejuaraan Dunia, dan hingga ke hari ini masih memegang rekod dunia dalam acara-acara 100 meter (m), 200m dan lari berganti-ganti 4x100m.

Menurut TalkSPORT baru-baru ini, legenda yang bersara pada 2017 dan kini berusia 37 tahun itu sekarang meluangkan kebanyakan waktunya bersama keluarga dan sering muncul di acara-acara amal seperti Soccer Aid.

Dia juga ingin sekali membantu membangunkan generasi atlet seterusnya.

“Saya meluangkan masa saya dengan melakukan banyak perkara bersama keluarga tetapi dari segi balapan dan padang, tidak banyak seperti yang saya inginkan, namun saya masih cuba mengikut perkembangan semasa,” katanya baru-baru ini.

“Saya masih menunggu jawatan daripada World Athletics, saya sudah menghubungi mereka dan memaklumkan kepada mereka bahawa saya ingin sekali memberi impak yang lebih besar dalam sukan, selagi mereka mahu saya berbuat demikian.

“Kami telah mengadakan perbincangan tetapi kita perlu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.”

Selepas era Bolt, populariti sukan olahraga seakan-akan menurun ekoran ketiadaan personaliti besar sepertinya.

“Namun saya rasa lama-kelamaan ia akan menjadi lebih baik.

“Saya rasa atlet muda sedang bangkit dan saya melihat beberapa personaliti yang diperlukan dalam sukan, saya harap pada tahun-tahun mendatang, ia akan berubah.

“Saya harap saya dapat memainkan peranan dan membantu sukan ini berkembang.”

BERITA LAIN

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

16 pasukan rebut gelaran juara

SERIAN: Sejumlah 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara Piala FA 2024, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA). Pengerusi Kejohanan, Mohd. Haical Abdullah memberitahu,

Kecoh, pelajar cuba pukul pengadil

ALOR SETAR: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA