ARTIKEL

USB Type-C yang murah, yang mahal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»Terdapat kabel USB Type-C yang berharga murah. Ada juga yang berharga mahal.

Kabel yang serupa tidak semestinya mempunyai kelajuan yang sama dengan standard kelajuan pemindahan data yang digunakan mungkin berbeza. 

Terdapat kabel USB Type-C berharga agak rendah dihadkan kepada standard USB 2.0 dengan kelajuan maksimum 480mbps (megabit sesaat). 

Kabel dengan standard USB yang lebih tinggi menawarkan kelajuan pemindahan data yang lebih pantas, dan ia biasanya lebih mahal. 

Kelajuan setiap kabel ditentukan oleh piawaian USB yang disokong. 

Kabel USB 3.0 mempunyai kelajuan pemindahan data maksimum 5gbps atau dengan kata lain 10 kali lebih cepat daripada kabel USB 2.0. 

Daripada label di hujung penyambung, kabel USB Type-C ini mempunyai USB standard kelajuan 3.1 Gen 2, iaitu 10gbps atau 1,250mbps. 

Kabel USB 3.1 meningkatkan kelajuan lagi kepada 10gbps, kemudian USB 3.2 lebih tinggi pada 20gbps. 

Penamaan standard kelajuan USB 3 mungkin mengelirukan kerana USB-IF sebagai badan antarabangsa yang menentukan piawaian USB telah menukar namanya beberapa kali. 

USB Type-C baharu menunjukkan kelajuan pemindahan data dan kuasa USB 3.0 kini menjadi USB 3.2 Gen 1, USB 3.1 menjadi USB 3.2 Gen 2×1, kemudian USB 3.2 menjadi USB 3.2 Gen 2×2.

Tidak semua standard kelajuan digunakan untuk semua jenis penyambung. 

Ada yang boleh didapati dalam semua jenis, tetapi ada juga yang hanya boleh didapati dalam USB Type-C. 

Terdapat juga thunderbolt yang mempunyai jenis penyambung USB Type-C yang sama, tetapi sebenarnya menggunakan antara muka yang berbeza. 

Kabel thunderbolt serasi dengan peranti USBType-C, tetapi peranti thunderbolt hanya boleh digunakan dengan kabel thunderbolt.

LAIN-LAIN BERITA

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

Perkhemahan lasak bahasa Arab

LIMA puluh enam murid dari 17 sekolah di sekitar daerah Simunjan baru-baru ini menyertai Perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam ‘Arabiy) Peringkat Negeri Sarawak Siri Satu selama

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain. Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan

Untuk apa berpersatuan penulis?

KATA Shahnon Ahmad dalam bukunya Weltanschauung Suatu Perjalanan Kreatif (DBP, 2008:340): Dalam perjalanan kreativiti selama ini, salah satu aspek yang sering tidak dapat dilupakan dan

BERITA TERBARU