ARTIKEL

BERCAKAP... Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep bercakap pada sidang media di Pusat Persatuan Lawn Tenis Sarawak (STLA), Kuching.

Usul permohonan Gelanggang Tenis Berbumbung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) disarankan untuk memohon peruntukan dari Kerajaan Sarawak bagi menaik taraf dua gelanggang tenis sedia ada di pusat terbabit kepada gelanggang berbumbung.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak Datuk Henry Harry Jinep berkata, cadangan berkenaan bagi memperkasakan sukan tenis di Sarawak di samping sebagai persediaan ketika menjelang cuaca hujan berterusan.

PENGHARGAAN… Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew menyerahkan penghargaan kepada Datuk Henry Harry Jinep (tiga dari kiri).

“Sekiranya terdapat dua gelanggang yang berbumbung, tidak kira apa jua keadaan cuaca melanda sekalipun, permainan dapat diteruskan bagi memperkasakan sukan ini.

“Kini tiba masanya untuk bergerak ke hadapan, kita tidak dapat menghentikan sukan (perlawanan) setiap masa sedangkan arena antarabangsa juga mempunyai bumbung karbon kerana cuaca bukan perkara yang dapat dijangka,” katanya pada sidang media di Pusat SLTA, di sini, hari ini.

Tegasnya, SLTA merupakan lokasi sesuai untuk dinaik taraf (berbumbung) memandangkan ia merupakan antara arena antarabangsa sukan tenis yang terdapat di Sarawak.

Jelas Henry, cadangan itu mengambil kira persediaan pertandingan khususnya melibatkan perlawanan antarabangsa, sekali gus membabitkan peserta-peserta luar yang bertandang ke negeri ini.

Sementara itu, Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew mendedahkan peruntukan naik taraf bagi lain-lain fasiliti sudah mendapat persetujuan secara prinsip.

Katanya, peruntukan terbabit merupakan sebahagian proses naik taraf fasiliti SLTA menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Mengenai naik taraf bumbung gelanggang SLTA, beliau menegaskan usaha tersebut sesuai dilaksanakan bermula bulan Mei tahun hadapan.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU