Utamakan disiplin seiring peranan Rela

BETONG: Anggota Rela diingatkan supaya menjaga imej jabatan serta mengutamakan disiplin seiring peranannya yang disifatkan sebagai undang-undang bergerak di semua tempat.

Pengarah Rela Sarawak Rini Tupong memberitahu, agensi seperti Rela mempunyai banyak peranan.

“Sebab itu, semua anggota harus menerapkan diri dengan imej serta penampilan yang terbaik, mutu disiplin dan jati yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni selain bersikap positif,” katanya ketika merasmikan Kursus Asas Rela Siri Tiga 2019 di Bukit Saban dekat sini, semalam.

Jelasnya, kursus disertai 58 anggota dari empat daerah iaitu Betong (tuan rumah), Sri Aman, Lubok Antu dan Saratok.

Menurutnya, kursus tersebut memberi pengetahuan dan kefahaman asas mengenai fungsi dan tanggungjawab Rela dan menyemai semangat setia kawan, ama- lan profesionalisme dan kecintaan kepada negara.

Ia diisi dengan sesi taklimat beberapa agensi jemputan selain

penerangan tentang integriti, akta dan perundangan Rela, tata cara pemakaian pakaian seragam, pe- nyaluran maklumat dan sebagainya. Antara lain ialah pelaksanaan

projek bakti Rela dan pendedahan asas kawad kaki kepada peserta. Anggota Rela Daerah Betong secara keseluruhannya berjumlah 9,473 terdiri daripada 6,028 relawan dan 3,445 relawati.

Turut hadir Timbalan Pengarah Rela Sarawak Agnes Lasah dan Pegawai Rela Daerah Betong Abdul Hadi Mamat

Suara Sarawak