ARTIKEL

Utamakan kebajikan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAM keadaan pandemik ini, kebanyakan rakyat terutama golongan marhean terkesan akibat perniagaan terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.
Ada sesetengah hilang pekerjaan berikutan perniagaan gulung tikar sehingga terpaksa membuka gerai di pasar malam untuk menampung kehidupan seharian.
Tidak menghairankan kenapa rakyat mahu pihak kerajaan membenarkan pencarum mengambil wang KWSP.
Ini kerana rakyat sudah terdesak demi menampung kehidupan seharian dan perut perlu diisi dengan menggunakan wang tersebut.
Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan kewangan BPN 2.0 yang disalurkan kepada rakyat pada 21 Januari ini.
Beban ditanggung rakyat
Ini tidak lain untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat pada masa kini yang terjejas akibat perniagaan gulung tikar.
Bagaimanapun, bantuan ini masih belum mencukupi kerana ini hanya menangguh bebanan buat sementara waktu.
Selain itu, pemimpin dan wakil rakyat perlu memainkan peranan dalam membantu rakyat terutama yang terjejas akibat pandemik ini.
Bukan hanya turun padang tetapi memberi bantuan yang diperlukan oleh rakyat terutama keperluan asas.
Terdapat usaha wakil rakyat membantu rakyat dengan menyalurkan komputer riba kepada pelajar yang memerlukan untuk tujuan kelas secara dalam talian.
Turun padang
Usaha ini patut dipuji kerana komputer riba sangat diperlukan oleh pelajar terutama golongan miskin untuk tujuan belajar secara dalam talian.
Kerajaan Sarawak turut tidak ketinggalan dalam membantu rakyat yang turut terjejas akibat pandemik ini.
Antara bantuan tersebut ialah Kenyalang Gold Card, Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), bantuan golongan nelayan dan banyak lagi.
Ini membuktikan Kerajaan Sarawak begitu komited membantu rakyat yang terjejas terutama golongan B40.
Amanah Allah
Ingatlah, kekuasaan yang dimiliki bukan hanya untuk dibangga-banggakan tetapi ia merupakan amanah dan tanggungjawab daripada Allah.
Jika kita kembali kepada sejarah, Allah mengekalkan pemerintahan Kerajaan Parsi selama ratusan tahun kerana sifat keadilan yang ditunjukkan oleh raja mereka.
Keadilan bukan hanya membantu mengekalkan pemerintahan, tetapi menjadikan kehidupan rakyat semakin sejahtera.
Imam al-Ghazali RA pernah berpesan pemimpin yang adil ialah pemimpin yang menghukum dengan penuh keadilan dan berkata dengan penuh kebenaran.
Tidak menyakiti hati orang dan jujur sama ada kepada diri sendiri, mahupun kepada orang lain.

BERITA LAIN

Puasa pupuk kesabaran

KETIKA matahari terik di atas kepala sambil memancarkan sinarnya, ia membuatkan kita rasa tidak selesa dan letih akibat panas yang tidak terhingga.  Apatah lagi menjelang

Budak tinggi gula dalam darah

MASIH ramai yang kurang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah atau lebih dikenali sebagai diabetes. Lebih-lebih lagi apabila

Sarawak tumpuan biologi dunia

SARAWAK kaya dengan kepelbagaian biologi hutan yang unik sehingga dikenali sebagai salah satu titik utama biologi dunia. Ia juga penyumbang tertinggi kepada liputan hutan di

Tempat paling mahal didiami

KOS sara hidup berbeza daripada satu negara ke negara lain. Beberapa negara, kos sara hidupnya jauh lebih mahal daripada yang lain. Di bahagian tempat tinggal

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

BERITA TERBARU