Utamakan kelayakan calon

KUCHING: Insentif politik bagi sesebuah parti untuk ahlinya menjadi punca pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) baharu di Sibu tertangguh, kata Senator Robert Lau.

Beliau berkata, ia berlaku apabila wakil Parti Demokratik Progresif (PDP) telah membantah semua calon yang bukan berasal daripada parti itu.

“PDP telah membentangkan nama-nama bagi semua kawasan KMKK Cina dan beberapa kawasan Iban, apabila calon mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, wakil mereka Teo Boon Siew membantah secara keras.

“Beliau telah menyatakan sejak permulaan mesyuarat separuh daripada calon beliau mesti dipilih, tidak kira sama ada mereka memenuhi garis panduan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, Robert berharap agar pada masa akan datang, proses pelantikan KMKK tidak dipolitikkan dan jawatan itu tidak akan dijadikan insentif politik.

“Yang penting, calon yang terbaik dilantik untuk berkhidmat,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Jun 2021

Suara Sarawak