Utamakan keselamatan anak-anak

KUCHING: Setakat semalam, sebanyak 1,702 daripada 2,968 taska dan tadika berdaftar di Sarawak telah dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kebenaran untuk pengoperasian taska dan tadika itu tertakluk kepada keadaan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan sebelum ini.

“Kesemua tadika yang dibenarkan untuk beroperasi ini melibatkan 41,576 kanak-kanak dan 3,308 guru di Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) di seluruh Sarawak.

“Semua IPAKK diingatkan agar sentiasa mematuhi pengoperasian IPAKK pasca Covid-19 yang telah dikeluarkan oleh KWKPK,” katanya pada sidang media Vaksinasi Bagi Pendidik dan Pengasuh IPAKK di Bangunan Baitul Makmur II di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mac 2021

Suara Sarawak