ARTIKEL

Utamakan keselamatan! patuhi SOP dengan keyakinan, disiplin dan tanggungjawab

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menasihati orang ramai, terutamanya mereka yang akan menyambut Hari Gawai untuk tidak balik ke rumah panjang dan kampung bagi mengekang penularan Covid-19.

Menurutnya, orang ramai di rumah panjang dan kampung diminta supaya tidak mengadakan perhimpunan, rumah terbuka atau “ngabang”.

“Patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)dengan penuh keyakinan, disiplin dan tanggungjawab.

“Bagi Jawatankuasa kampung dan rumah panjang, mereka harus memainkan peranan mereka untuk memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap SOP ini,” katanya dalam perutusan Hari Gawai 2021, hari ini.

Tambah Uggah yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, tahun ini Gawai akan disambut dalam kalangan keluarga sahaja dan SOP yang ketat tidak bertujuan untuk menyusahkan atau membebankan orang tetapi menyelamatkan nyawa.

“Tahun lalu, sangat sedikit rumah panjang yang terjejas tetapi tahun ini senario ini telah berubah.

“Sebanyak 634 rumah panjang di seluruh negeri terjejas dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Sebanyak 3,894 kes positif dicatatkan,” katanya.

Uggah berkata pihak berkuasa kesihatan mengesan penyebaran berlaku semasa majlis sosial seperti pengebumian, perkahwinan, perayaan ulang tahun, gotong royong dan aktiviti sabung ayam, serta perjalanan antara negeri dan antara daerah.

“Dilihat kluster Pasai di Sibu mengakibatkan 2,693 kes dan 29 kematian. Manakala perjalanan antara daerah menyumbang kepada 12 kluster dengan 545 kes dan tiga kematian,” katanya.

Sementara itu, Uggah juga menyeru kepada orang ramai yang belum berdaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 untuk bertindak segera.

Sehingga 12 Mei, katanya, 1.3 juta orang atau 54.4 peratus dari mereka yang layak telah mendaftar.

“Harapan kami untuk mengekang wabak ini adalah melalui vaksinasi dan kami ingin rakyat yang berumur 18 tahun ke atas mendapat vaksinasi tersebut.

“Justeru, orang ramai mesti menggunakan sepenuhnya peluang ini,” katanya.

BERITA LAIN

Rumah kosong di Jalan Piasau Camp terbakar

LUTONG: Pihak balai bomba Lutong menerima laporan rumah kosong terbakar di Bekas Kuartes Shell Jalan Piasau Camp pada pukul 9.24 pagi ini. Pasukan bomba terus

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

BERITA TERBARU

Rumah kosong di Jalan Piasau Camp terbakar

LUTONG: Pihak balai bomba Lutong menerima laporan rumah kosong terbakar di Bekas Kuartes Shell Jalan Piasau Camp pada pukul 9.24 pagi ini. Pasukan bomba terus