Utamakan siswazah latar belakang pendidikan

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) perlu mengutamakan siswazah yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam pengambilan khas guru.

Pemangku Pengerusi Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) Omar Bahrein Unin berkata, peluang patut diberikan kepada siswazah negeri ini dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) terlebih dahulu kerana mereka mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menjadi guru.

“Ketika ini, Sarawak mempunyai lebih 600 siswazah yang belum mendapatkan peluang pekerjaan.

“Jika mereka diberikan peluang ia akan membantu dari segi penempatan guru ke seluruh kawasan di negeri ini nanti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini mengumumkan KPM akan melaksanakan pengambilan khas seramai 18,702 pendidik DG41 bagi menyelesaikan isu masalah kekurangan guru di sesetengah negeri.

Suara Sarawak