ARTIKEL

UTS sasar kemasukan pelajar antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) berusaha meletakkan dirinya di peta dunia untuk menarik kemasukan lebih ramai pelajar antarabangsa.

Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata pelajar yang disasarkan universiti milik Kerajaan Negeri Sarawak itu adalah dari negara Asean seperti Indonesia, Brunei, Indo-China dan China.

“Ini selaras dengan pelan strategik UTS 2024-2030 dengan kita ingin menjadikan UTS sebagai universiti bertaraf global dalam bidang pendidikan teknikal dan professional,” katanya pada Malam Penghargaan UTS 2024 di sini, malam tadi.

Berkembang pesat sejak ditubuhkan pada 2013, UTS kini giat mendapatkan tenaga pengajar dan penyelidik untuk mencapai taraf global dalam bidang pendidikan teknikal dan profesional.

Khairuddin berkata jumlah pelajar di universiti itu telah meningkat sejak tiga tahun lepas daripada hanya lebih 1,000 orang kepada 3,200 orang pada masa ini.
Beliau juga yakin jumlah pelajar di universiti itu dapat dipertingkatkan lagi dengan pelaksanaan dasar pendidikan percuma di institusi penggajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Sarawak pada 2026 untuk anak-anak Sarawak.

Majlis tersebut diadakan bagi menghargai agensi dan jabatan kerajaan serta pihak media yang telah membantu universiti itu mencapai tahap sekarang.– BERNAMA

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)