ARTIKEL

Hanif Sheikh Ali (berdiri kiri) dan Prof. Ir Ts. Dr Mohd Shahril Osman (berdiri tengah) bersama semua pemohon yang menyertai program tersebut.

UTS, SLB dan PERKESO bekerjsasama perkenal peluang kerjaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah bekerjasama dengan Schlumberger (SLB) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk memperkenalkan peluang kerjaya kepada graduan pada 8 hingga 9 Mei lepas di sini.

Inisiatif itu bertujuan menyediakan peluang kerjaya yang memberi manfaat kepada graduan baharu.

Ia merupakan kerjasama antara ketiga-tiga badan terbabit yang dianggap penting bagi menangani cabaran yang dihadapi graduan baru-baru ini untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang menawarkan gaji kompetitif dan prospek perkembangan.

Melalui kerjasama ini, SLB, UTS dan PERKESO berusaha untuk merapatkan jurang antara akademik dan industri serta memastikan graduan dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam pasaran kerja yang dinamik pada hari ini.

Inisiatif ini, yang disertai graduan dari Malaysia Timur yang terdiri daripada 15 pemohon yang disenarai pendek dari UTS, 27 pemohon dari universiti luar, dan 17 pemohon latihan dari UTS, mendapat sambutan menggalakkan daripada beberapa ribu pemohon.

Selepas proses penyenaraian pendek yang ketat, hanya 42 pemohon siswazah dipilih untuk menjalani penilaian lanjut dan temu duga.

Proses pemilihan yang teliti ini menekankan komitmen SLB dan UTS untuk mengenal pasti dan memupuk bakat terbaik, dan memastikan hanya calon yang paling layak sahaja mara ke peringkat seterusnya dalam kerjaya mereka.

“Kami sangat teruja untuk memulakan perjalanan kerjasama ini dengan SLB dan PERKESO,” kata Prof. Ir Ts. Dr Mohd Shahril Bin Osman selaku Timbalan Naib Canselor UTS dalam satu kenyataan semalam.

“Perkongsian ini bukan sahaja menyediakan pelajar kami akses kepada peluang kerjaya premium tetapi juga mencerminkan komitmen kami untuk memupuk bakat dan perkongsian industri-akademik yang kukuh,” tambahnya.

Manakala itu, Pengurus Pemerolehan Bakat di SLB, Hanif Sheikh Ali berkata, SLB teruja untuk bekerjasama dengan UTS dalam usaha tersebut.

“Kami mengiktiraf nilai perspektif baharu dan set kemahiran yang pelbagai, dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukan bakat generasi seterusnya ke dalam pasukan kami,” katanya.

Komitmen UTS terhadap kecemerlangan dan memupuk bakat sejajar dengan dedikasi SLB terhadap inovasi dan kecemerlangan teknikal.

Ketiga-tiga pihak tersebut yakin bahawa kerjasama ini bukan sahaja akan menyediakan peluang kerjaya yang berharga buat graduan tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan tenaga kerja Malaysia.

SLB merupakan syarikat teknologi global yang memacu inovasi tenaga bagi planet yang seimbang.

Dengan kehadirannya di lebih 100 negara dan pekerja dari banyak negara, syarikat itu berusaha setiap hari untuk menginovasi minyak dan gas, menyampaikan pendigitalan pada skala, memupuk industri nyah karbon, dan membangun sistem tenaga baharu yang mempercepatkan peralihan tenaga.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU